Jejak …
Jejak itu menuju tujuan
Bersama taulan ke arah yang diimpikan
Jika terbuki suatu kebenaran
Semakin dicari menemui pilihan
Penuh keyakinan dan tiada keraguan
Ianya bukan satu permainan
Jika tersalah akan membinasakan
Tekadkan diri dengan amal dan iman
Andai dibiar pangkalnya khayalan
kuatkan istiqamah binalah kesabaran
Biarpun hempedu pahit ditelan
Walau duri menusuk seluruh badan
Kerana halawah menutupi keperitan
Jejak itu penuh kerahsiaan
Seakan menguji matlamat perjuangan
Semakin beku tanpa peringatan
Akhirnya amanah dibiarkan
Jejak itu beribu kesukaran
Tanpa keyakinan kusutnya fikiran
Hindari diri dari kesulitan
Karena itulah laluan keindahan
Jejak itu melakar kenangan
Mencipta memori mewarnai kehidupan
Jejak itu menggapai suatu kejayaan
Jejak itu akhirnya bertemu keredhaan.....
0 ulasan:
Catat Ulasan